Nasib pertandingan AFC Cup 2021 bagaikan telur di hujung tanduk apabila ia berpotensi dibatalkan buat kali kedua tahun ini kerana tiada negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah perlawanan peringkat kumpulan di zon ASEAN susulan peningkatan kes wabak COVID-19.

Pada mulanya Singapura dilantik sebagai tuan rumah kumpulan H dan I namun mereka terpaksa menarik diri manakala tuan rumah untuk kumpulan G juga masih belum ditentukan sehingga kini.

Bagaimanapun, wakil negara iaitu Kedah dari kumpulan H dan Terengganu dari kumpulan I tetap menjalani latihan seperti biasa sebagai persiapan menghadapi pertandingan tersebut.

Indonesia juga kemungkinan akan menjadi tuan rumah semua kumpulan itu apabila Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mengakui telah menerima tawaran daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menganjurkan perlawanan AFC Cup di negara mereka.

https://twitter.com/seputarligina/status/1407266370387988482

Namun begitu, mereka mempunyai masalah untuk menyediakan venue perlawanan dan perlukan masa untuk berbincang dengan wakil kelab iaitu Bali United serta Persipura Jayapura.

“AFC telah tawarkan kepada kami untuk menganjurkan perlawanan peringkat kumpulan AFC Cup. Kami sedang berbincang dengan kelab mengenai tawaran ini,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Yusi dipetik dalam bola.com.

Masalahnya, venue rasmi Bali United, Stadium Kapten I Wayang Dipta kini dalam proses naiktaraf untuk Piala Dunia B-20 2023 manakala Stadion Mandala, gelanggang rasmi Persipura Jayapura khabarnya tengah diubahsuai untuk menyambut PON Papua 2021.

“Ini yang sedang kami bincangkan dengan pihak kelab. Kami masih boleh usahakan untuk bermain di Stadium Kapten I Wayang Dipta. Namun, dengan penukaran jadual perlawanan kerana menunggu kerja-kerja naiktaraf sudah selesai,” jelas Yunus.

Lebih memburukkan ialah Stadium tersebut kini sudah menjadi kluster baharu virus COVID-19 kerana beberapa pekerja yang terlibat dalam kerja naiktaraf tersebut telah dijangkiti wabak pandemik.

Justeru itu, mereka akan memikirkan untuk memilih stadium lain yang lebih selamat sebelum memberikan keputusan kepada AFC minggu depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah.

AFC Bercadang Batalkan Saingan Piala AFC Zon Asean

Pelakon Dan Penyanyi Popular Thailand Sertai Ratchaburi FC Dengan Kontrak Selama 6 Bulan

Peminat Thailand Gesa Skuad Kebangsaan Guna Khidmat Pemain Naturalisasi